Selasa, 1 April 2014

MOHON DERMA IKHLAS DARIPADA PARA PENDERMA


ASSALAMUALAIKUM.

KEPADA SEMUA PENDERMA BUDIMAN, AJK SURAU  KEDAI EMPAT MEMOHON DERMA IKHLAS DARIPADA TAN SERI, DATO SERI, DATUK SERI, DATUK-DATUK, DATIN-DATIN, SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN. AJK SURAU KEDAI EMPAT BERCADANG UNTUK MEMBINA SEBUAH SURAU BARU. HAL INI DEMIKIAN KERANA SURAU YANG SEDIA ADA TERLALU UZUR DAN USANG.

BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KARIAH UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN BERSOLAT DAN MENJALANKAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN. KAMI KARIAH KAMPUNG KEDAI EMPAT AMAT MEMERLUKAN SEBUAH BINAAN SURAU BARU BAGI MENGANTIKAN SURAU YANG TELAH USANG DAN UZUR. 

BAGI PENGETAHUAN PARA PENDERMA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, SURAU LAMA KAMI TELAH DIMAKAN ANAI-ANAI, SELURUH PAPAN DINDING DAN LANTAI BANYAK YANG TELAH REPUT. KAMI KARIAH KAMPUNG KEDAI EMPAT AMAT GUSAR AKAN STRUKTUR BINAAN YANG MUNGKIN AKAN ROBOH.

MOHON KEPADA SEMUA PENDERMA AGAR DAPAT MEMBANTU KAMI UNTUK MENDERMA SEBAHAGIAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK SAHAM HARI AKHIRAT.


Firman Allah yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa-apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran ayat 92).
Menerusi wakaf, umat Islam dapat menjalankan perintah Allah dengan memindahkan sebahagian kecil harta kesayangannya itu kepada orang lain.
Wakaf adalah salah satu cabang undang-undang Islam yang amat penting kerana ia mempunyai pertalian antara hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.

Bagi para penderma boleh membuat sumbangan bagi membantu AJK Pembinaan Surau untuk mendirikan sebuah surau baru.

BANK MUAMALAT

NAMA : SURAU KEDAI EMPAT

NO. AKAUN    :  0801-0001-6377-16

ALAMAT SURAU :  SURAU KEDAI EMPAT, 34250 TANJUNG PIANDANG, PERAK.

LAYARI YOUTUBE UNTUK MELIHAT RAKAMAN KEROSAKAN

  http://youtu.be/swuRyvCcIEM

AHLI JAWATAN KUASA

PENGERUSI PEMBINAAN  :  ENCIK ROSLI BIN ISMAIL                                     0174732085
SETIAUSAHA                         : TUAN HAJI AHMAD AZAM BIN MOHD YUSOF 0194572851
BENDAHARI                            : ENCIK AHMAD FUAD BIN SANI                          0193480049

AJK

ENCIK SHAFIE B. IBRAHIM
ENCIK AZHAR B. YAAKOB
ENCIK HASSAN B. SULAIMAN
TUAN HAJI IBRAHIM B. HJ. RAMLI
ENCIK TAJUDDIN BIN ABU BAKAR
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B. AHMAD
ENCIK ABDUL HASSAN B. SULAIMAN
HAJJAH HALIMAH BT. SULAIMAN


Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.
Pahala sedekah terbahagi kepada 4 bahagian:
Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh.
Kedua, sedekah yang berpahala sampai tujuh puluh.
Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus.
Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu.
Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.
Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah yang ketiga pula mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan  sahabat.
Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.



 MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA SURAU KEDAI EMPAT
Tarikh    : 1 Januari 2014                              
Masa     : 9.30 malam
Tempat : Surau Kedai Empat
Kehadiran
1.       Encik Hassan bin Sulaiman
2.       Encik Ahmad Fuad bin Sani
3.       Encik Ahmad Azam bin Yusuf
4.       Encik Rosli bin Ismail
5.       Encik Shafie bin Ibrahim
6.       Encik Md. Daud bin Junaid
7.       Encik Azhar bin Yaakob
8.       Encik Ibrahim bin Haji Ramli
9.        Encik Samsudin b. Haji Rasidi
10.   Encik Tajudin  bin Abu Bakar
11.   Encik Roslan b Abdullah
12.   Encik Abdul Hassan b Sulaiman
13.   Puan Halimah binti Sulaiman

Encik Rosli bin Ismail mempengerusi mesyuarat :
Pengerusi memulakan menyuarat dengan surah al-Fatihah mengharapkan semoga menyuarat berjalan lancar dan dirahmati Allah swt. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para AJK surau.
1.0               Membina surau baru yang telah uzur.
1.1               Encik Rosli  telah berbincang dengan Mufti Negeri Perak Dato Seri Haji Harusani bin Zakaria Majlis Agama Islam Negeri Perak dan Adat Istiadat Melayu.
1.2               Mufti mencadangkan agar dibuat kutipan derma dan membina surau terlebih dahulu.
1.3               Pelan surau baru dibuat oleh Anuar bin Saad.
1.4               Wujudkan jawatan kuasa binaan.
1.5               Rancangan peruntukan RM400,000.
1.6               Kutipan derma perlu kebenaran perbagai termasuk pihak polis.
1.6.1          Encik Ahmad Fuad b. Sani mencadangkan agar dibuat sebuah surau baru.  Tuan Haji Ibrahim b. Ramli menyokong.
1.6.2          Encik Ahmad Fuad b. Sani mencadangkan Encik Rosli b. Ismail dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Surau baharu. Haji Muhamad Azam menyokong.
1.6.3          Encik Ahmad Fuad b. Sani mencadangkan agar Haji Ahmad Azam bin Hj Mohamad Yusof dilantik sebagai Setiausaha. Encik Shafei Ibrahim menyokong.
1.6.4          Encik Hassan bin Sulaiman cadangkan Ahmad Fuad  bin Sani dilantik sebagai Bendahari. Disokong oleh Encik Shafie b.Ibrahim.
1.7               Ahli Jawatankkuasa :

1.       Encik Rusli  bin Ismail
2.       Encik Ahmad Fuad  bin Sani
3.       Encik Ahmad Azam b Mohamad Yusof
4.       Encik Samsudin b. Haji Rasidi
5.       Encik Shafei  b Ibrahim
6.       Encik Azhar b Yaakob
7.       Encik Md. Daud bin Junaid
8.       Encik Hassan b Sulaiman
9.       Encik Ibrahim b Hj Ramli
10.   Encik Tajudin  bin Abu Bakar
11.   Encik Roslan b Abdullah
12.   Hj Abdul Rahman bin Ahmad
13.   Encik Abdul Hassan b Sulaiman
14.   Puan Halimah binti Sulaiman
15.   Puan Aisyah binti Haji Abdullah


2.0               Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pinggan Mangkuk
2.1  Encik  Ahmad Azam b. Mohamad Yusuf mencadang agar Encik Abdul Aziz dan Encik Azmi
        b.Ismail dilantik sebagai AJK Penyelaras Pinggan Mangkuk.
2.2   Disokong oleh Encik Shafie b. Ibrahim.
2.3   Menyuarat memutuskan agar diberi saguhati sebanyak RM40 untuk menyelaras pinjaman pinggan mangkuk kenduri kahwin dan RM20 untuk saguhati menyelaras pinggan mangkuk untuk kenduri tahlil.
2.4   Wang pendahuluan dikenakan untuk setiap peminjam sejumlah RM50 untuk bayaran seandainya berlaku kehilangan, pecah atau sumbing pada barangan yang dipinjam. Wang akan dikembalikan sekiranya tiada sebarang kehilangan, pecah atau sumbing.

3.0               Perlantikan siak surau
3.1 Encik Ibrahim b. Haji Ramli mencadangkan agar melantik Hajah Halimah bt. Muhammad dan
      Puan Fadilah bt Haji Abdullah.
3.2   Disokong oleh Encik Hassan b. Sulaiman.
3.3   Mesyuarat memutuskan agar saguhati diberi kepada siak RM60 untuk dua orang.
4.0         Membuka akaun Surau Kedai Empat
                4.1          Akaun yang akan dibuka di Bank Muamalat cawangan Parit Buntar.
                4.2          AJK yang dilantik adalah seperti berikut  :
                                4.2.1      i)  Encik Rosli bin Ismail                                   640316-07-5945
                                                ii) Haji Ahmad Azam b. Mohamad Yusof                580401-08-5011
                                                iii) Encik Ahmad Fuad b. Sani                       680210-08-5041
                                4.2.2      Syarat penandatangan dua daripada tiga orang AJK di atas.
                4.3          Akaun hendaklah dibuka atas nama Surau Kedai Empat
               
5.0  Laporan kewangan
5.1          Encik Ahmad Fuad bin Sani membentangkan laporan kewangan berakhir pada 1        September     2013. Jumlah wang dalam simpanan  RM4028.58. Encik. Azhar b. Yaakob mencadangkan agar  laporan kewangan disokong dan disahkan. Disokong oleh Encik Ibrahim b. Hj. Ramli.
6. Hal-hal lain.
6.1          Encik Rosli mencadangkan agar kuliah di surau diadakan oleh Tuan Haji Yahya bin Ibrahim. Diterima sebulat suara.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan